Posted by: ira179 on: June 10, 2008

GENEVA: Jurulatih Portugal, Luiz Felipe Scolari sudah mula mencongak laluan pasukan ke saingan suku akhir andai dapat menumpaskan Republik Czech, esok tetapi menegaskan kenyataan itu bukan bermakna mereka sudah terlalu yakin untuk mara jauh pada edisi kali ini.
Finalis Euro 2004, Portugal kelihatan begitu mantap pada malam Sabtu lalu apabila melakar kemenangan 2-0 ke atas Turki di Stade de Geneva untuk menghuni tangga teratas Kumpulan A manakala Czech turut menggapai impian sama selepas kemenangan tipis, 1-0 ke atas tuan rumah, Switzerland di Basel.
Jaringan pemain Portugal – Pepe dan Raul Meireles – pula menemui sasaran pada babak kedua di Geneva menyaksikan Turki tersungkur dan pasukan Scolari ini sudah berada sebelah kaki ke peringkat kalah mati.
Bagaimanapun, pemain gantian Czech, Vaclav Sverkos, menghadiahkan permulaan cemerlang menerusi jaringannya pada babak kedua, menyaksikan Switzerland terpaksa akur meskipun sebelum itu menghidangkan tentangan yang hebat.
Kemenangan salah satu daripada pasukan itu akan menempatkan mereka dalam kelompok lapan pasukan terakhir dengan Scolari menyatakan, dia meramalkan bakal berdepan ujian sebenar daripada pasukan Czech dan akan mencari ilham untuk menewaskan mereka.
“Kami berasa yakin (menentang Republik Czech) tetapi ini bukan bermakna terlalu yakin,” kata Scolari.
“Kami akan menonton video Czech. Ini kerana corak permainan mereka berbeza dengan Turki dan kita akan lihat sama ada kita mampu menandingi mereka dan terus mempamerkan aksi bola sepak yang cantik, sama seperti kita hidangkan pada pusingan kedua.
“Kami sudah separuh jalan untuk layak. Andai kita mendapat enam mata, kita pasti akan layak. Jadi 50 peratus selepas satu perlawanan memang cukup hebat. Ia memberi kami ruang untuk bernafas.”
Bagaimanapun, bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo, 23, yang buat kali pertama diberi tugas berat menjadi kapten pasukan, mengeluarkan kenyataan yang kelihatan lebih berpijak di bumi nyata.
“Andai kami bermain seperti ini, kami pasti dapat melangkah jauh dalam Euro ini tetapi kami perlu terus bertenang kerana kami belum menang apa-apa lagi.”
Jurulatih veteran Czech, Karel Bruckner berkata mutu permainan perlu dipertingkatkan menjelang pertemuan dengan Portugal kerana pasukannya kelihatan ketandusan idea kreatif dan terpaksa menanggung keperitan kehilangan perancang utama yang juga kapten pasukan, Tomas Rosicky.
“Kami perlu analisis semula pasukan kerana masih ada beberapa perkara perlu ditangani. Perlawanan selepas ini juga nyata sukar,” katanya. – AFP
* Huhu..Portugal sememangnya adalah favourite team aku dari dulu, kini dan selamanya..aku harap pe yang diimpikan oleh Scolari tu menjadi kenyataan..corak permainan dorang pn skrang dh smakin mantap..harap dorang leh menang EURO kali ni..haha..
* Komen sket..pe team favourite korang ???
akak minat bola erkkkk…bagus…
ku les blues punye fan.and zizou is my idol.nk komen bout portugal nih..ku yakin team ni akan p jauh..paling jauh pun semi je..:-).team ni bernasib baik dlm group A yg mane team lain pun x well mane.an overall,performanace dieorang x cukup menyakinkan utk jadi juara UERO2008..now,ku harap in quad-final, team ni dpt jumpe germany.
p\s: ku xminat mamat kaki wayang ni.sape lagi kalau bukan no-7 setan merah.hehe.
wow.. u love soccer?? cool. Ni msti supporter si ronaldo nih
Fulemek minah iera …talking bout bola lah..caya lahhh wehh.fewitttttttttt !
knp lama tk update info ni cik iera cyg….
June 10, 2008 at 12:30 am
Portugal x best…hehe